"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Saturday, November 26, 2016

D-1 Mengejar Rinjani


Assalammualaikum, hai.

Lombok International Airport

Cuaca kat luar hujan renyai-renyai buatkan aku senang untuk menaip cerita travel yang lalu. Walaupun sudah 3 bulan aku tinggalkan tanah Lombok. Harapnya aku ingatlah apa yg terjadi dekat sana. Yelah nak buat macam mana dah lama tak makan ubat kuat daya ingatan

Kan dalam entry aku sebelum ni, aku cakap kitorang join open trip. Makanya sesampai je dekat airport, Aris ambil kitorang dekat airport. Sebelum pergi lagi aku dah inform yang kitorang nak melawat sini, sana, bla bla... So dia dah preparekan semuanya. Ohsem kannnn. Sebelum ke mana-mana singgah makan dulu yok di gerai makan Padang. Waktu tengah makan pun ada juga orang tempatan datang jual souvenir. Kerja keras bener kamu ini pak!

Masakan Padang

So first place kitorang ke Kg Sasak Sade, kampung etnik di Lombok. Penempatan yang sudah beratus-ratus tahun tapi masih dijaga untuk tujuan pelancongan. But still they live in that houses. And asal usul diorang adalah beragama Hindu kemudian bertukar kepada agama Islam, yet there still certain adat yang masih diorang kekalkan. Contohnya aku tak ingat. And semua jangan risau di Lombok ni 99% orang Islam. Hampir semua Islam, tapi macam biasalah kalau nak singgah kedai makan makesure kedainya halal dan bersih. Barulah namanya halalan toyyiban. Gitu


Nenek tengah menenun. Tekunnya nek!

Orang perempuan kaum Sasak ni wajib pandai menenun kalau nak kahwin. So selagi kau tak pandai semua benda asas ni, perempuan tu tak boleh kahwin. Ha macam tu. Lelaki Sasak pula mesti pandai menculik perempuan untuk tunjuk tahap kejantanan kau. Kemain weh nak menculik anak dara orang. So hati-hati la, jangan sampai diorang berkenan. Kalau dah berkenan kau wajib terima pinangan diorang. Nasib la Melayu tak gini, kalau idok mereput la kau kahwin dengan orang yg kau tak kenan.




Sempatlah aku merasa macam mana nak menenun kain menggunakan cara tradisional. Susah weh. Bulu benang tu asyik terputus je. Salute la pada orang perempuan dekat sana. So, kalau korang nak beli kain tenun ni, korang tawar la sikit je jangan banyak-banyak, kesian deme penat jahit, tapi orang nak bayar murah je. Deme pun nak berniaga jugak. Ok?

After visited Kampung Sasak Sade, we then headed back to airport to pick up temen-temen baru trip ni. Yelah dah nama open trip so masing-masing tak kenal antara satu sama lain. Everybody look " Hmmm doesn't care." Diam. Senyap. Ketiduran. So, singgah dulu masjid solat zohor jamak. Kemudian terus ke destinasi seterusnya, Pantai Bukit Merese. Keren bangeeettt pantainya!

Bila sampai di pantai barulah memasing buka mulut nak berkenalan. Yet still awkward except kitorang bertiga dari Malaysia. Diorang ni semua solo traveller. Waktu ni aku start jeles macam mana diorang boleh travel sorang-sorang. Terus tanam niat nak travel sorang-sorang nanti. Hehe


Foto barengggg


Bukit Merese

Weh pantai ni sumpah cantikkkkkkkkkkkk. Tempat wajib kalau ke Lombok! Kau akan rasa ya Allah kenapa dekat Malaysia tak ada macam ni. Tepi bukit ada laut. Serious lawa sangat. Menapak la kami nak panjat bukit ni. Kira macam teaser sebelum panjat gunung esok. Weh dapat naik bukit tu sumpah nak nangis sebab cantik sangat view. Dengan angin sepoi-sepoi memang feeling la berjalan...


Bukit Merese


Macam tipu je background belakang tuuuuuuu

Lepas tu kitorang terus gerak ke Kampung Sembahulun di kaki Gunung Rinjani. Kampung ni pun dah tinggi dah, Rinjani apatah lagi. Time ni fikir penat je nak tido, nak baring. Sampai je kat guesthouse tu, kemas-kemas apa yang patut. Sejuk weh, lantai rumah pun sejuk. Malam tu keluar pergi cari makanan. Akhirnya jumpa juga gerai tepi jalan, order la nasi goreng style Lombok. Ok la boleh diterima anak tekak. Malam ni la baru semua orang buka mulut sembang, "nama kamu apa?" "udah kerja?" "buat apa sekarang?" "kalau di Malaysia itu emangnya..." Ahhh kangen dong!

Balik rumah tidur untuk rehat dan siap untuk mendaki esok. Apakah bersedia nak panjat Gunung Rinjani ni? Ya Allah, I am so excited for this!


Tunggu nanti aku update. Harapnya ada mood la nak menaip LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad