"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Saturday, November 26, 2016

Teaser: Travel to Lombok

Assalammualaikum, hai.

Aku syak kalau la blog ni bernyawa, dah lama dah mati sebab tak diberi nafas dengan idea-idea segar cerita aku. Sorry la busy dengan kehidupan dunia. Hmmmmmmmmm

Okay la malas nak taip mukadimah berjela-jela. Aku teruskan dengan cerita Lombok tempoh hari. Aku pergi bulan 7 haritu. Korang mesti biasa dengar Lombok tu dekat mana, ada apa dengan Lombok, perempuan Malaysia selalu dibawa lari ke sana, macam-macam la pasal Lombok. So, kenapa Lombok?

Kalau korang nak tahu dekat sana ada gunung berapi no 2 tertinggi di Indonesia, Gunung Rinjani namanya. View dia ya Allah, tak yah cakap la, memang cantik. Hati kau macam berdebar-debar je kalau tengok. Macam crush lalu depan kau. Ahaha ok over. Tapi itulah hakikatnya, subhanallah cantik sangat. Rasa nak pergi kali kedua!

Rinjani, aku kangen dongggg


First time, aku tengok gambar Rinjani, terus aku set "Ok kena pergi tempat ni next year!" tanpa sedar tapi dalam keadaan waras lagi, hari-hari aku berdoa moga Airasia buat promo kaw-kaw ke Lombok. Hari-hari weh search tiket flight. Gila

Well rezeki menyebelahi aku. Aku grab tiket KL-Lombok cuma RM250 pergi balik. Mana nak dapat harga murah gitu. Selalu mesti RM300 ke atas. Alhamdulillahhhhhhh tak sia-sia mengadap laptop hari-hari. Plan nak pergi lepas grad uni, boleh la kekonon nanti hashtag #graduationtrip

Plan asal nak pergi bertiga. BFF trip katanya. Tapi apakan daya, lagi dua org tak jadi pergi. Tinggal la aku sorang yang pasti dpt pergi. Maka cari punya cari geng nak panjat gunung, aku ajak cousin dan kawan baik aku lagi sorang. Nak dijadikan cerita, perancangan Allah itu lagi baik dari apa yang kita rancang, kawan aku tak dapat pergi. Ada masalah passport. Ini berlaku betul-betul sebelum naik flight. Weh sedih wehhhh, dah beria-ria eksaited ni nak pergi. Terpaksa tinggalkan, dengan barang-barang nak bawa ke sana. Maka, tinggallah aku dengan cousin terbang ke Lombok. The rest is history, yet the story remained. So sad

Setahun awal aku beli tiket, 6 bulan awal aku book pakej Rinjani, boleh dikatakan hari-hari aku research pasal Rinjani. Baca blog orang lain, fahamkan macam mana nak prepare naik gunung, apa perlu buat dan macam-macam lagi la. Blog ni bagus weh, ko boleh bayangkan keadaan tempat yang ko nak pergi dan info pasal sana. Thanks awak-awak yang menaip blog! I owe you

Tapi diingatkan jangan terlalu excited sebab bila berlaku perkara yang tak mengizinkan kau akan rasa sesal seumur hidup. So, kira relaks je k. Bila tiba masa nak pergi baru la tunjuk semangat. Sebulan sebelum fly aku start jog, naik bukit. Orang kata untuk fitness nanti. Don't forget, mental juga perlu diberi rawatan, Nak naik gunung ni, bukan fitness je penting, mental dan rohani pun sama. Silap-silap tengah panjat gunung mula la monolog "kenapa aku naik gunung, baik aku duduk rumah makan kfc" ahhh biasa dah macam ni

Kami join open trip rinjani, under agent dekat Lombok. Harga pakej, antara yang murah yang aku survey. RM650++ atau dalam rupiah 2 juta aja. Lyladventure, boleh tengok instagram diorang. Tapi rasanya untuk open trip rinjani tak buat dah. Tempat lain ada diorang buat. Isokay, mana tahu korang berkenan nak ke komodo island pula lepas ni.

Kelebihan join open trip ni, banyakkkkkkkkk sangat. Kau akan dapat kawan baru, cerita orang yang dah mengembara banyak tempat, kawan dari negara lain (paling advantage, senang nak travel tempat diorang lepas ni), mengajar kau macam mana nak survive dan keluar dari kelompok selesa. Gitu

Rumah orang sasak sade

Mas Agam, Aris, Seha, and Mirul


Hari first dekat Lombok, Aris nama tour guide kami bawa jalan-jalan ke Kampung Sasak Sade, kaum yng suka bawa lari anak dara orang. Orang kampung tu bagitau, once dah culik, nak tak nak kena kahwin jugak dengan laki yng berkenan dengan kau. Matilanokkkk punyalah bawa diri janganlah diorang berkenan kat aku. Sepanjang aku dekat kampung tu aku cuba untuk buat perangai buruk haha. Perasan! Diorang suka perempuan yang boleh bertenun la, kau reti kewwwwwwwww. Kalau reti pun minta dijauhkan. Aku suka orang Malaysia...

Ok cukup takat ni aku menaip untuk mukadimah cerita di lombok tempoh hari. Jam dah pukul 3 pagi. Esok kerjaaaaa oh dunia...

Salam.

LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad